Sesi
technology update telah diadakan pada
2 April 2019 yang disampaikan oleh
Puan Nor Hanim dari Syarikat Prestariang Sdn Bhd.
Objektif :
- Meningkatkan penggunaan dan tahap kesedaran warga EiMAS tentang kepentingan dan faedah perkhidmatan MyGovUC
- Sebagai salah satu platform promosi dan pembudayaan kepada pengguna untuk mengetahui maklumat lanjut perkhidmatan MyGovUC
- Mewujudkan perkongsian teknologi/perkhidmatan terkini berkaitan MyGovUC
Antara topik yang disampaikan adalah:
- Penggunaan e-mel OWA pada platform MS Exhange 2016
- Konfigurasi e-mel di dalam peranti pintar
- Konfigurasi dan Penggunaan Kalendar
- Latihan hands -on tempahan bilik mesyuarat melalui Kalender
Pada sesi petang, taklimat berkenaan SLB telah disampaikan oleh
Puan Norazlina Abdul Aziz, wakil dari Unit Teknologi Maklumat berkenaan laporan kehadiran kursus serta pengemaskinian profil peribadi. Sesi taklimat diakhiri dengan soal jawab dari peserta yang terdiri dari kumpulan pengurusan dan sokongan warga EiMAS.