Penerangan
Seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada JAS Ibu pejabat dan JAS Negeri yang telah dilantik sebagai pentadbir SLB telah hadir ke Kursus Sistem Latihan Bersepadu. Kursus ini dianjurkan oleh Unit Teknologi Maklumat, EIMAS dan telah diadakan pada 23 dan 24 April 2019. Tenaga pengajar kursus ini adalah dari Unit Latihan, Seksyen Sumber Manusia, Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, JAS.
Di dalam kursus ini, peserta diberi pendedahan kepada fungsi utama dan cara penggunaan sistem. Disamping itu, penerangan mengenai skop tugas pentadbir sistem , pelaporan yang perlu disediakan serta kesilapan yang lazim dilakukan oleh pentadbir sistem telah disentuh dalam sesi pembentangan untuk perhatian bersama.