Penerangan
3 Julai 2019, satu program pelepasan benih udang galah ke perairan umum diadakan di jeti nelayan Kampung Terus, Daerah Seberang Perai Tengah. Program diadakan dengan kerjasama Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang. Program ini dirasmikan oleh YB Dr. Afif Bin Bahardin, EXCO Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar Dan Kesihatan. Turut hadir YB Dr. Hajjah Norlela Binti Ariffin, Adun Kawasan Penanti.. Jabatan Alam Sekitar diwakili oleh En. Suffian Bin Julmohamad, Pegawai Kawalan Alam Sekitar. Sebanyak 10,000 ekor benih udang galah dilepaskan.