Penerangan
10 Julai 2019 (Rabu) diadakan pameran sempena program “SMKDO Miracle STEM and Green Challenge” Peringkat Kebangsaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Onn, Butterworth. Program ini diadakan dengan kerjasama pelbagai agensi termasuklah Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang. Perasmian penutup disempurnakan oleh En. Shamsir bin Jemain, Penolong Pengarah, Unit Kokurikulum Akademik Sains, Matematik dan Teknologi, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang