Penerangan
Lawatan tapak dan kajian lapangan untuk kajian impak projek pembinaan dan menaiktaraf infrastruktur bagi mencegah kebakaran tanah gambut yang sering terbakar untuk mengatasi masalah jerebu. Lawatan tapak dan kajian lapangan diadakan pada 17 hingga 18 Julai 2019 melibatkan beberapa agensi iaitu Jabatan Alam Sekitar Cawangan Miri sebagai urusetia dan ahli terdiri daripada Majlis Bandaraya Miri (MBM), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Naim Holdings Berhad (pemilik tanah) dan juga Global Environment Centre (GEC).