PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

Kursus Penyiasatan & Penguatkuasaan Pembakaran Terbuka

hillney 31/07/2019 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Kursus Penyiasatan & Penguatkuasaan Pembakaran Terbuka
Tahun
2019
Tarikh Keluaran
22/07/2019
Organisasi
EiMAS

Penerangan

Pusat Perundangan Dan Penguatkuasaan, EiMAS telah selesai menganjurkan Kursus Penyiasatan dan Penguatkuasaan Pembakaran Terbuka selama 4 hari bermula dari 17 hingga 20 Jun 2019 di Bilik Melur, EiMAS. Kursus ini dihadiri oleh 33 orang peserta dari kalangan pegawai JAS Gred C41 sehingga C29/JA29. Pengisian kursus terbahagi kepada 10 modul. Objektif kursus ini adalah untuk:
  • Memberi pendedahan kepada pegawai Jabatan Alam Sekitar terhadap masalah pembakaran terbuka & kesannya kepada alam sekitar;
  • Meningkatkan pemahaman pegawai ke atas Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Diisytiharkan) (Pembakaran Terbuka) 2003; dan
  • Mempertingkatkan pengetahuan & kemahiran pegawai Jabatan Alam Sekitar berkenaan pelan tindakan & pemantauan pembakaran terbuka.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan