Penerangan
Program Care For Nature anjuran Majlis Daerah Marudi dengan kerjasama JAS Cawangan Miri dan Jabatan Kesihatan Daerah Marudi pada 29 hingga 30 Jun 2019 bertempat di Segah Sela'an Homestay Baram, Sarawak. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti ceramah berkaitan alam sekitar dan juga lawatan ke Air Terjun Tekiwit. Program melibatkan 25 orang pelajar dan 4 orang guru dari SMK Temenggong Datuk Lawai Jau.