Penerangan
Mesyuarat bersama Pengarah JAS Sabah ini telah diadakan pada 26 Jun 2019, bertempat di Bilik Mesyuarat Sipadan, JAS Negeri Sabah, Kota Kinabalu. Mesyuarat juga dihadiri oleh ketua Bahagian, ketua-ketua unit dan wakil-wakil daripada pejabat JAS Cawangan. Mesyuarat ini merupakan mesyuarat terakhir yang dipengerusikan oleh Puan Pengarah JAS Negeri Sabah, sebelum beliau berpindah ke JAS Negeri Kedah bermula Julai 2019.