Penerangan
JAS WPKL yang diketuai oleh Pengarah JAS WPKL, Puan Nor Aziah Binti Jaafar telah menjadi Rakan Strategik bersempena Majlis Perasmian Bazar Ramadan Kampung Bharu bertempat di Jalan Raja Alang, Kampung Bharu, Kuala Lumpur pada 11 Mei 2019. Antara aktiviti yang terdapat di dalam majlis tersebut adalah Kempen Hindari Plastik Sekali Guna oleh JAS WPKL, sesi engagement mengenai kebersihan di Tapak Bazar Ramadan dan Program My Save Food oleh SWCorp Wilayah Persekutuan.