Penerangan
JAS WPKL menjadi Rakan Strategik kepada Jawatankuasa Persekitaran Bukit Bintang Central dalam Program Gotong Royong Blueprint Kebersihan Bukit Bintang ' Jom Bersih Bukit Bintang 16, Bersih dan Sejahtera' Local Agenda 21 Kuala Lumpur (LA21 KL) bertempat di Plaza Low Yat, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 27 April 2019. Program ini juga mendapat kerjasama daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), SWCorp, Alam Flora, NGO, komuniti setempat yang terdiri daripada badan korporat, penjaja setempat, peniaga kecil serta penyertaan dari IPT dan sekolah-sekolah.