Penerangan
Pada 17 April 2019 (Rabu), Operasi bersepadu bersama agensi penguatkuasaan diadakan di Plaza Tol Juru, Lebuhraya Utara Selatan. Operasi bermula pada pukul 8.00 malam dan berakhir pada pukul 12.00 malam. Antara agensi-agensi yang terlibat adalah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Imigresen, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Keselamatan Jalanraya (JKJR). JAS memberi tumpuan kepada motosikal yang tidak mematuhi peraturan bunyi bising dibawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987