Penerangan
Pada 17 April 2019 (Rabu) seramai 44 orang pelajar dari Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang, cawangan Bertam mengadakan lawatan ke Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang. Satu taklimat ringkas mengenai Misi dan Visi Jabatan Alam Sekitar diberikan oleh En. Suffian bin Julmohamad, Pegawai Kawalan Alam Sekitar. Selepas taklimat, satu sesi lawatan ke stesen pengawasan kualiti udara automatik di SK Seberang Jaya dan stesen pengawasan kualiti air sungai automatik, Sungai Kulim di Kampung Tun Sardon, Daerah Seberang Perai Tengah