PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

Kursus certified Environmental Professional in Scheduled Waste Inspection (CePSWI) Siri 1

hillney 08/05/2019 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Kursus certified Environmental Professional in Scheduled Waste Inspection (CePSWI) Siri 1
Tahun
2019
Tarikh Keluaran
08/05/2019
Lokasi
Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS) , Kampus UKM , Bangi

Penerangan

Tarikh: 22 – 26 April 2019

Tempat: Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS)

Peserta: 32 orang (Pegawai Jabatan Alam Sekitar- JAS)

Pusat Bahan Berbahaya, Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS) membuka tirai tahun 2019 dengan menganjurkan Kursus Certified Environmental Professional in Scheduled Waste Inspection (CePSWI) bagi siri yang pertama. Peserta terdiri daripada pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) dari pelbagai gred. Objektif kursus ini adalah untuk membangunkan kemahiran pegawai JAS sebagai penguatkuasa yang kompeten dalam menjalankan pemeriksaan secara komprehensif ke atas premis buangan terjadual. Peserta kursus telah diberi pendedahan mengenai pengurusan buangan terjadual (BT) mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 (PPKAS(BT)2005), keperluan pelesenan bagi premis dan kemudahan yang ditetapkan, pemeriksaan di lapangan, Konvensyen Basel, pengenalan kepada E-SWISS, pengenalan kepada Guided Self-Regulation (GSR) dan juga pengenalan kepada Co-Processing oleh penceramah-penceramah dari JAS. Di samping itu, pengenalan kepada identifikasi dan klasifikasi BT, pengolahan dan pelupusan BT serta pengurangan penghasilan BT telah disampaikan oleh penceramah jemputan dari Institut Teknologi Petroleum PETRONAS. Kursus ini berjaya mencapai objektif selaras dengan matlamat pelaksanaannya. Peserta memberikan maklum balas positif dan menunjukkan minat yang tinggi di sepanjang tempoh kursus berjalan. Kursus akan diteruskan bagi melahirkan pegawai-pegawai penguatkuasa yang mahir dan kompeten untuk menjalankan pemeriksaan ke atas premis dan kemudahan yang menghasilkan buangan terjadual.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan