Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel
Pusat Perundangan Dan Penguatkuasaan, EiMAS telah selesai menganjurkan Kursus Pemantapan Pegawai Pendakwa JAS selama 5 hari bermula pada 22 hingga 26 April 2019 di Institut Latihan Kehakiman Dan Perundangan (ILKAP), Bangi. Kursus ini dihadiri oleh 27 orang peserta dari kalangan pegawai JAS Gred C48 sehingga C32. Pengisian kursus terbahagi kepada 3 modul iaitu penyiasatan, pendakwaan dan kepeguaman. Pada kali ini penceramah kursus yang terlibat adalah dari Jabatan Peguam Negara.
Objektif kursus ini adalah untuk: Ø Membangunkan pakar rujuk hal ehwal perundangan di Jabatan Alam Sekitar; Ø Menerapkan pegawai pendakwa dengan isu perundangan yang terkini; Ø Mengguna pakai peruntukan perundangan AKAS 1974 dan Akta Keterangan; Ø Memantapkan pemahaman pegawai pendakwa dalam Kanun Prosedur Jenayah; dan Ø Membentuk kepakaran pegawai pendakwa dalam pemeriksaan saksi dan teknik hujahan.