PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

Mesyuarat Kerja Penyediaan Dokumen "Nudge" Bagi Pemantapan Serta Pengukuhan Rakan Alam Sekitar di Hotel RHR, Bangi pada 29-30 April 2019

mdizwan 29/04/2019 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Mesyuarat Kerja Penyediaan Dokumen "Nudge" Bagi Pemantapan Serta Pengukuhan Rakan Alam Sekitar di Hotel RHR, Bangi pada 29-30 April 2019
Tahun
2019
Tarikh Keluaran
29/04/2019
Lokasi
Kajang>Hotel RHR@Uniten

Penerangan

Mesyuarat ini adalah bagi membincangkan kaedah terbaik dengan menggunakan teknik "nudge" bagi mengukuhkan pengurusan kelestarian alam sekitar. Dalam konteks alam sekitar, "nudge' bermaksud dorongan bagi meningkatkan kesedaran alam sekitar di kalangan mereka yang berada dalam pengurusan alam sekitar. Ianya merupakan satu kaedah atau konsep yang boleh diterapkan kepada rakyat Malaysia supaya perubahan tingkah laku sikap dapat berubah dengan sendirinya tanpa paksaan. Dalam mesyuarat kerja ini, setiap peserta di bahagikan kepada tiga kumpulan dan setiap kumpulan perlu membincangkan pemasalahan utama yang dihadapi oleh Jabatan Alam Sekitar mengikut "focal point" Jabatan iaitu air, udara dan Buangan Terjadual. Seterusnya setiap kumpulan perlu mencari kaedah terbaik melalui teknik "nudge" ini bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mesyuarat kerja ini di bantu oleh pasukan pakar dari Universiti Teknologi Malaysia yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Choong Weng Wai. Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Malaysia, YBhg Dato' Ahmad Kamarulnajuib Bin Che Ibrahim turut hadir dan seterusnya merasmikan mesyuarat kerja ini. Turut menyerikan mesyuarat ini adalah Timb. Ketua Pengarah (Pembangunan), Puan Norlin Binti Jaafar.