Penerangan
Pada 23 April 2019 - Dalam usaha menggalakkan masyarakat di negara ini membudayakan amalan membaca, peserta Mesyuarat dan Bengkel Pembangunan Garisan Panduan dan Pengendalian Dron yang diadakan di Melaka tidak melepaskan peluang mengambil bahagian di dalam kempen Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit. Para peserta diminta berhenti daripada melakukan sebarang aktiviti atau pekerjaan pada pukul 11 pagi bagi meluangkan masa selama 10 minit untuk membaca buku. Kesemua peserta gembira kerana melihat aktiviti ini sebagai satu usaha yang baik dan sebenarnya membaca juga perlu ada kelainan, bagaimana hendak menjadikannya sesuatu yang menyeronokkan.