Penerangan
Pengarah JAS WPKL, Puan Nor Aziah Jaafar telah membuat kunjungan hormat ke atas Ybhg, Datuk Seri Saripuddin Bin Haji Kasim, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah di Pejabat Kementerian Wilayah, Putrajaya pada 18 April 2019. Perbincangan singkat tersebut antara lain membincangkan peranan JAS WPKL dalam melaksanakan inisiatif ke-11 di bawah projek River Of Life (ROL) iaitu penguatkuasaan ke atas punca-punca industri bereffluen dan 14 inisiatif JAS di bawah MESTECC.