PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar

Pameran Khas Tangisan Sungai Kim Kim di Pusat Sains Negara Sempena Minggu Sains Negara

mdizwan 10/04/2019 2 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Pameran Khas Tangisan Sungai Kim Kim di Pusat Sains Negara Sempena Minggu Sains Negara
Tahun
2019
Tarikh Keluaran
10/04/2019
Lokasi
Kuala Lumpur

Penerangan

Pameran khas yang dikenali sebagai "Tangisan Sungai Kim Kim" ini telah bermula pada 31 Mac sehingga 7 April bertempat di Aras 2, Pusat Sains Negara, Bukit Kiara, Damansara, Kuala Lumpur. Pameran khas ini diadakan bagi memberi penerangan kepada masyarakat mengenai kes pelupusan haram Buangan Terjadual di kawasan berhampiran Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor. Pameran khas ini melibatkan tiga agensi di bawah kementerian iaitu Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Kimia Malaysia dan Agensi Remote Sensing Malaysia. Antara bahan-bahan pameran yang dipamerkan adalah Personal Protection Equipment (PPE) bagi kerja-kerja pembersihan Buangan Terjadual, alatan pembersihan, peralatan pemantauan udara (multi gas detector) dan poster-poster infografik berkaitan pelupusan haram buangan tersebut. Selain itu, Jabatan Alam Sekitar mengambil peluang dengan mempromosikan Buangan Terjadual e-wastes dari isi rumah seperti buangan televisyen, radio, peti sejuk dan sebagainya. Masyarakat perlu mengetahui cara  pengendalian dan pengurusan buangan tersebut agar tidak mencemarkan alam sekitar. Selain itu juga, permainan interaktif Kahoot ! turut diadakan dan sambutan yang diterima adalah amat menggalakan. Hadiah menarik turut disediakan kepada setiap pemain.