Penerangan
Pada 8 April 2019 (Isnin) Bahagian Komunikasi Strategik, Jabatan Alam Sekitar menerima kunjungan hormat pegawai daripada MITC SDN. BHD iaitu Encik Mohd Redzei Othman, Ketua Pegawai Operasi dan Encik Sulaiman Suresh a/l Mutusamy, Pengurus Acara. Manakala dari pihak JAS pula diwakili oleh Puan Norlin bt Jaafar, Timbalan Ketua Pengarah Alam Sekitar Malaysia, Tuan Hj. Ruslan b. Mohamad, Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik dan beberapa pegawai dari Bahagian Komunikasi Strategik. Kunjungan hormat ini adalah membincangkan berkenaan usahasama dua hala yang boleh dilakukan antara MITC SDN. BHD. dengan Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat.