Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Audit dalam EKSA EiMAS pada 21 hingga 22 Mac 2019
- Tahun
- 2019
- Tarikh Keluaran
- 10/04/2019
- Lokasi
- Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS) , Kampus UKM , Bangi
Penerangan
Jawatankuasa Audit Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) EiMAS telah berjaya melaksanakan Audit Dalaman EKSA pada 21 - 22 Mac 2019. Tiga (3) zon telah terlibat dalam pengauditan yang julung kali diadakan di EiMAS iaitu Zon Neon, Zon Argon dan Zon Xenon. Ketiga-tiga Zon telah diaudit secara Inter-zone.
Tujuan pengauditan:
1) Penilaian berdasarkan etika dan kriteria yang ditetapkan
2) Sebagai Garis Panduan yang seragam
3) Penilaian dilaksanakan mengikut Standard yang ditetapkan berasaskan etika kerja yang tinggi
Fokus Pengauditan Amalan Eksa
1) Imej Korporat
2) Kekemasan
3) Pengawasan
4) Kemudahkesanan
5) Kitar Semula
6) Keselamatan
7) Kebersihan
Kaedah/ Pendekatan Pengauditan Eksa
1) Pemerhatian/ Pemeriksaan
2) Waktu Audit – semasa waktu kerja
3) Kriteria Audit – gunapakai kriteria Audit EKSA
4) Borang Audit – Rekod penemuan
5) Interaksi – antara kumpulan dan pekerja.
6) Maklumbalas – dapatkan maklumat atau perkara-perkara berbangkit.
7) Tempoh Masa – tentukan tempoh masa yang sesuai.
8) Ambil gambar – sebagai bahan bukti
Laporan Umum Audit Dalam EKSA EiMAS
Pengauditan EKSA di EiMAS mengambil kira Penilaian di Bawah Model A, iaitu Bangunan dan Kawasan Sendiri - Komponen A - E1.
A) Dua (2) ruang kerja/bilik telah dipilih oleh pengaudit sebagai bilik CEMERLANG yang disifatkan hampir menepati ciri-ciri Amalan EKSA. Majoriti yang lain adalah pada tahap SEDERHANA dan akan sentiasa ditambah baik dari masa ke semasa.
B) Ruang Gunasama - Majoriti ruang gunasama di EiMAS berada pada tahap SEDERHANA dan masih belum mencapai tahap Cemerlang. 1/3 ruang gunasama pula berada pada tahap USAHA LAGI. Ini disebabkan kekangan pegawai dan staf EiMAS dengan komitmen kerja/tugas harian.
C) Audit Dalaman EKSA kali kedua akan memfokuskan kepada beberapa kelemahan yang telah dikenalpasti semasa Audit Dalaman pada kali pertama.
Audit Dalam ini akan dilakukan secara berkala sebanyak tiga kali sebelum Audit Pensijilan MAMPU.