PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

Bengkel untuk Mengemaskini Kandungan Modul Course on Method of Sampling and Preservation serta Penyediaan Video

hillney 03/05/2019 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Bengkel untuk Mengemaskini Kandungan Modul Course on Method of Sampling and Preservation serta Penyediaan Video
Tahun
2019
Tarikh Keluaran
03/05/2019
Lokasi
Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS) , Kampus UKM , Bangi

Penerangan

Pusat Kawalan dan Pengawasan Air, Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS) telah menganjurkan Bengkel Untuk Mengemaskini Modul Course On Method Of Sampling And Preservation dan penyediaan video pada 8 hingga 10 April 2019.

Objektif kursus ini adalah untuk mengemaskini modul kursus sedia ada serta membincangkan mengenai penambahbaikan yang boleh diambil berkaitan persampelan dan pengawetan efluen sepertimana yang dinyatakan dalam APHA Method 21st Edition serta penyedian video berkaitan. Peserta terdiri daripada pegawai dari Pusat Kawalan dan Pengawasan Air EiMAS, pegawai dari Ibu Pejabat, pegawai dari JAS Selangor, JAS Cawangan Kajang dan pegawai-pegawai dari Jabatan Kimia Malaysia. Selain daripada itu bengkel ini juga bertindak sebagai platfom untuk membincangkan dan mengetengahkan isu-isu yang berkaitan untuk dipanjangkan kepada Ibu Pejabat JAS. Bengkel juga membincangkan mengenai kaedah penyediaan dan pengisian video berkaitan persampelan dan pengawetan efluen yang akan dilaksanakan. Video tersebut akan dimuatnaik dalam Enviro Knowledge Management Centre (EKMC) bagi tujuan pembelajaran dan rujukan pegawai JAS serta pihak yang berkaitan. Bengkel ini berjaya mencapai objektif pelaksanaannya dan akan memberi manfaat kepada pegawai JAS yang akan menghadiri Course On Method Of Sampling And Preservation pada masa akan datang setelah modul kursus ini dikemaskini dan penyediaan video pembelajaran disiapkan.  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan