Penerangan
Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Khas Daerah Seberang Perai Tengah diadakan pada 21 Mac 2019 (Khamis) jam 9.30 pagi di Bilik Gerakan Wira Lestari, Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah (SPT). Mesyuarat di pengerusikan oleh Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah bagi membincangkan aduan tapak pelupusan sisa pepejal di kawasan Bukit Teh, Bukit Mertajam. Turut hadir Encik Lee Khai Loon, ADUN Machang Bubuk, Agensi-agensi yang hadir adalah Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Majlis Perbandaran Seberang Perai dan Jabatan Kimia Malaysia