Penerangan
Program perkongsian ilmu : Hibah dan Harta Pusaka ini telah diadakan pada 15 Mac 2019 (Jumaat) pada pukul 9.00 pagi, bertempat di Bilik Teratai, EiMAS.
Ceramah disampaikan oleh Ustaz Indera Shahril bin Mohd Shahid dari Bahagian Harta Baitulmal, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Hibah : Suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan.
Harta Pusaka : Segala apa yang menjadi kepunyaan si mati di masa hidupnya, kemudian ditinggalkan untuk waris-waris sama ada harta benda, hak-hak dan apa yang termasuk dalam miliknya setelah dia mati.