Penerangan
Promosi Minggu Sains Negara Terengganu 2019 (MSNT2019) telah bermula dari 1-6 April 2019. Promosi dijalankan ke seluruh Negeri Terengganu dengan memilih beberapa lokasi strategik. JAS Terengganu telah turut terlibat dalam aktiviti promosi ini. Flag Off Promosi MSNT2019 telah dilaksanakan di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu(PSKT). Ianya telah disempurnakan bersama oleh Pengawai Eksekutif PSKT Tuan Haji Rosman dan KPP Pembangunan JAS Terengganu Encik Mohd Norli Abdullah.