Seramai 450 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) serta 110 orang pesara dan bakal pesara diraikan dalam Majlis Apresiasi MESTECC 2019 yang diadakan pada 7 Mac 2019 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Majlis telah disempurnakan oleh YB Puan Yeo Bee Yin (Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim) dan YB Puan Isnaraissah Munirah Majlis (Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim). Yang turut hadir ialah YBhg. Datuk Seri Dr. Mohd Azhar Hj. Yahaya (Ketua Setiausaha, MESTECC), YBrs. Puan Noor Afifah Abdul Razak [Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga), MESTECC], YBrs. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu [Timbalan Ketua Setiausaha (Alam Sekitar dan Perubahan Iklim)] dan Ketua-ketua Jabatan.
Majlis Apresiasi MESTECC 2019 adalah bertemakan Kuasai. Laksana. Ungguli. (Own It. Do It. Ace It.), yang merujuk pada manifestasi kecemerlangan dalam penyampaian perkhidmatan MESTECC kepada pemegang taruh (stakeholders) dan rakyat agar dapat melahirkan pegawai yang meletakkan kualiti perkhidmatan pada tahap tertinggi.
Antara pegawai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Bagi Tahun 2018 dari EiMAS adalah seperti berikut:
- Encik Zaidi bin Mohamed@Awang - Ketua Penolong Pengarah (C48) Pusat Bahan Berbahaya
- Cik Azlina binti Haji Omar - Pegawai Kawalan Alam Sekitar (C44) Pusat Penilaian
- Puan Hillney binti Sedan - Pembantu Pustakawan (S19) Unit Perpustakaan
- Encik Muhamad Sufian bin Sarohman - Pembantu Awam (H11) Unit Pentadbiran & Kewangan
Majlis tersebut juga turut meraikan pegawai-pegawai yang bakal bersara yang berkhidmat bawah MESTECC dan agensi-agensi berkaitan. Pegawai yang dijemput hadir dari EiMAS adalah Encik Mohamad Roslan bin Mohamad Yusof Penolong Pegawai Kawalan (C32) Pusat Kawalan & Pengawasan Udara yang bakal bersara secara rasmi mulai 1 Mei 2019.