Penerangan
Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak dengan kerjasama badan korporat telah mengadakan taklimat dan perbincangan mengenai kerjasama dalam pelaksanaan program kesedaran alam sekitar tahun 2019. Objektif program adalah untuk menggalakkan kerjasama dalam bidang pemuliharaan dan melalui pelaksanaan aktiviti atau program kesedaran alam sekitar. Taklimat diadakan pada 25 Mac 2019 bertempat di Riverside Majestic Hotel, Kuching, Sarawak.