Penerangan
Pada 07 Mac 2019 (Khamis), Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang telah menyertai pameran sempena majlis Pelancaran Sekolah Hijau Peringkat Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato Sr. Haji Rozali bin Mohamud, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai dan diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu, Seberang Perai Tengah.