Penerangan
Aktiviti gotong-royong dan ceramah alam sekitar sempena Program Pendidikan Keselamatan Dan Kebersihan Sungai anjuran Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak. Program diadakan di Sekolah Kebangsaan Sungai Ba Simunjan, Sarawak pada 30 Ogos 2018 melibatkan kira-kira 80 orang pelajar, ibu-bapa dan agensi-agensi kerajaan.