Penerangan
Mesyuarat Post Mortem bagi program Sekolah Rakan Alam Sekitar (SERASI) Sesi 2017/2018 telah dijalankan pada 8 Mac 2019. Mesyuarat ini adalah bagi membincangkan kekangan semasa program ini berlangsung dan cadangan penambaikkan untuk program yang akan datang. Serentak dengan itu juga, penyerahan JK Penganjuran kepada Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah juga telah dilaksana bagi penganjuran program SERASI kali yang ke-11 bagi sesi 2019/2020 yang telah disempurnakan oleh Pengarah JAS Negeri Sabah dan wakil daripada JPAS.