Penerangan
Bengkel fotofon bersempena bulan literasi maklumat perpustakaan JAS pada 15 hingga 16 November 2018 ( Khamis & Jumaat ), bermula 8.30 pagi sehingga 4.30 petang bertempat di Bilik ICT, Bahagian Teknologi Maklumat, Aras 3, Putrajaya. Pihak Perpustakaan JAS telah menganjurkan bengkel fotofon ini untuk memberi kesedaran mengenai kepentingan literasi maklumat dalam bentuk foto dikalangan kakitangan JAS. Penceramah jemputan daripada Institut Penyiaran dan Penerangan iaitu En. Mohd Razif Rahim (Jurufotografi) dan En. Mohd Nizam Bin Jamil (Jurufotografi).
Terdapat 7 sesi telah diadakan iaitu :-
a) Sesi 1 - Kenali fungsi kamera & telefon. Smartphone, Videography & potensinya
b) Sesi 2 - Konsep dan teknik penggunaan smartphone.
c) Sesi 3 - Asas teknik mengambil video & Asas suntingan.
d) Sesi 4 - Aplikasi-aplikasi suntingan video yang terdapat dipasaran.
e) Sesi 5 - Latihan amali & teknik fotografi. Tips & Teknik.( Projek Berkumpulan/ Individu) & Lokasi ( Outing sekitar bangunan JAS ).
f) Sesi 6 - Teknik penggunaan aplikasi. Teknik suntingan video menggunakan mobile apps dan trend terkini mobile photography.
g) Sesi 7 - Perbentangan hasil latihan amali