Penerangan
Jabatan Alam Sekitar Selangor telah hadir untuk aktiviti gotong-royong tanam pokok yang merupakan salah satu aktiviti sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia 2019 yang telah diadakan di Hutan Simpan Raja Musa Kuala Selangor pada 23 Februari 2019. Program ini bertujuan untuk mempromosikan kepentingan pengekalan Hutan Paya Gambut Selangor Utara sebagai kawasan hutan tadahan air hujan yang penting di Selangor, rekreasi dan pendidikan selain berfungsi untuk menangani perubahan iklim. Tema sambutan adalah "Wetlands and Climate Change".