Penerangan
Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KASKUL) telah menganjurkan Game On Sukaneka JAS WPKL pada 20 Disember 2018 bertempat di Aras 2, Wisma SCA, JAS WPKL. Kakitangan JAS WPKL dibahagikan kepada tiga (3) pasukan dan sebanyak 13 acara dipertandingkan iaitu Head Count, Lee Chong Wei, Bagai monyet dapat bola, bolongan, kahwin lari, wheel of fortune, paku dulang paku serpih, johan goyang, belon panas, roti telur, ting ting tang ting, Mr. Ragaman dan konco mesra.