Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Lawatan Kerja Plus Berhad Erat Kerjasama Dengan JAS
- Tahun
- 2018
- Lokasi
- Putrajaya
- Diskripsi
- Lawatan Kerja Plus Berhad Erat Kerjasama Dengan JAS PUTRAJAYA, 15 November 2018 – Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan meningkatkan kerjasama dengan Plus Berhad dalam menangani sebarang isu pencemaran lebuhraya di Malaysia dengan lebih efektif. Perkara ini dibincangkan semasa lawatan kerja Plus Berhad yang diketuai oleh Encik Oslan Mohamed Isa, Ketua keselamatan Trafik Plus ke ibu pejabat JAS Putrajaya manakala pihak JAS diwakili oleh Encik Wan Abdul Latiff Wan Jaffar, Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik. Delegasi seramai 31 pegawai Plus diberi taklimat berhubung sistem panggilan dan prosedur penguatkuasaan yang dijalankan oleh JAS. Pegawai Plus juga dibawa melawat ke Pusat Panggilan JAS dan Pusat Data Alam Sekitar (EDC) JAS yang memantau kualiti udara, sungai dan marin seluruh negara.