Penerangan
UTeM telah menganjurkan Minggu Alam Sekitar 2018 (MAS 2018) yang telah diadakan pada 26 September - 6 Oktober 2018. Banyak aktiviti-aktiviti yang berlangsung sepanjang MAS 2018. Antara aktiviti-aktiviti yang berlangsung sepanjang MAS 2018 adalah Pertandingan Fotografi, Pertandingan Rekacipta Poster, Program Pengumpulan Minyak Masak Terpakai & E-Waste, Program Kayuhan Basikal Sifar Karbon, Pertandingan Inovasi Produk Kitar Semula dan pelbagai lagi.