Oleh zarina · 29/01/2018 · 1 paparan
Kursus anjuran E<em>i</em>MAS ini telah diadakan selama 5 hari bermula pada 22 hingga 26 Januari 2018. Kursus ini mendapat sambutan yang menggalakkan yang mana ianya dihadiri oleh 39 orang peserta dari kalangan pegawai JAS Gred C48 sehingga C32 dan seorang inspektor, YA13 dari Makmal Forensik, PDRM Cheras. Pengisian kursus terbahagi kepada 9 modul termasuk sesi <em>hands on</em> yang dijalankan di sekitar E<em>i</em>MAS. Objektif program adalah: <ul> <li>Memberi pendedahan kepada pegawai penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar mengenai konsep forensik serta penyiasatan alam sekitar dalam penguatkuasaan berdasarkan kepada <strong>Pelan Pembangunan Forensik Alam Sekitar dan Garis Panduan Forensik Alam Sekitar Dalam Penguatkuasaa</strong>n; dan</li> <li>Memberi pendedahan mengenai prosedur dalam menjalankan siasatan secara forensik dan kaedah pengendalian siasatan di lapangan dari segi teknik persampelan, penganalisaan sampel dan kaedah statistik bagi menentukan kesahan hasil analisa.</li> </ul>
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup