Kursus anjuran EiMAS dengan kerjasama PDRM ini telah diadakan selama 5 hari bermula pada 15 hingga 19 Mei 2017. Kursus ini dihadiri oleh 25 orang peserta dari kalangan pegawai JAS Gred C44 sehingga C29/JA29. Hari pertama, pengisian program lebih kepada perkongsian maklumat dari SPRM, JAS Ibu Pejabat dan JAS Negeri yang telah menjalankan tangkapan kepada pesalah alam sekitar. Kursus ini terbahagi kepada 6 modul. Di sebelah petang, peserta di latih dengan asas tangkapan dan pertahanan diri serta penggunaan t-baton dan gari.
Objektif program adalah:
- Memantapkan kemahiran dan pengetahuan pegawai tangkapan sedia ada mengenai kaedah tangkapan termasuk aspek latihan pertahanan diri dan penggunaan kelengkapan alat pertahanan sebagai persediaan bagi kes-kes berimpak tinggi.
- Membincangkan isu-isu berbangkit mengenai tangkapan dan masalah yang dihadapi oleh pegawai penangkap serta kaedah dan pengurusan tangkapan.
- Peserta juga didedahkan dengan pengalaman kes-kes tangkapan Jabatan dan perkara-perkara yang perlu ditambah baik berdasarkan Prosedur Tetap Operasi sedia ada.