Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

Kursus tatacara memberi keterangan di mahkamah

Oleh hillney · 24/07/2017 · 0 paparan

Pusat Perundangan dan Penguatkuasaan, Institut Alam Sekitar Malaysia (E<em>i</em>MAS) dengan kerjasama Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) telah menganjurkan Kursus Tatacara Memberi Keterangan di Mahkamah. Kursus ini dianjurkan untuk pegawai-pegawai JAS dari Jabatan Alam Sekitar Negeri yang terlibat sebagai saksi pendakwaan. &nbsp; Objektif kursus ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada pegawai JAS mengenai teknik-teknik memberi keterangan di mahkamah. Kursus ini juga dapat meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran mengenai prosedur yang terlibat sebelum dan semasa memberi keterangan <strong>sebagai saksi di mahkamah</strong>. &nbsp; Sebagai sebuah institut yang mempunyai kepakaran dalam bidang kehakiman dan perundangan di Malaysia, penceramah ILKAP telah menyampaikan topik-topik yang sangat relevan dengan tugas dan peranan saksi di mahkamah samada sebelum perbicaraan, semasa perbicaraan dan pasca perbicaraan.  Peserta kursus juga diberikan pendedahan mengenai teknik dan kemahiran dalam pemeriksaan utama, pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula semasa latih amal perbicaraan <em>mock dengan </em>menggunakan contoh-contoh kes sebenar pendakwaan JAS<em>. </em> &nbsp; Kursus ini berjaya mencapai objektif selaras dengan matlamat pelaksanaannya. Peserta memberikan maklum balas positif dan mencadangkan supaya kursus diteruskan pada masa akan datang untuk memberi peluang kepada pegawai-pegawai JAS memperolehi manfaat pembelajaran dan meningkatkan keberkesanan tugas sebagai saksi pendakwaan di mahkamah. &nbsp;

Lokasi
Hotel Empress
Fail / Media (7)
  • 20231511080825213.jpg .jpg Buka
  • 20231511080825233.jpg .jpg Buka
  • 20231511080825243.jpg .jpg Buka
  • 20231511080825263.jpg .jpg Buka
  • 20231511080825283.jpg .jpg Buka
  • 20231511080825303.jpg .jpg Buka
  • 20231511080825323.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS