Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

Strengthening capacity for environmental law in Malaysia's judiciary:train the judges program

Oleh hillney · 17/08/2017 · 0 paparan

JAS melalui Pusat Perundangan dan Penguatkuasaan, E<em>i</em>MAS telah menjalinkan kerjasama dengan Fakulti Undang-Undang UKM serta Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) sebagai penganjur bersama program <em>Strengthening Capacity For Environmental Law In Malaysia’s Judiciary: Train The </em>Judges <em>Program</em>. Program ini dianjurkan khusus kepada pegawai kehakiman seluruh Malaysia yang terlibat dalam pengendalian kes berkaitan alam sekitar (<em>green court</em>). Program telah dirasmikan bersama oleh Prof. Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dato’ Anita Hj. Harun, Ketua Pengarah Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) dan Dato’ Dr. Ahmad Kamarulnajuib Che Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Malaysia (JAS). JAS terlibat sepenuhnya bagi pelaksanaan kursus pada hari ketiga dengan sesi ceramah di sebelah pagi. Seramai empat (4) orang penceramah JAS terlibat iaitu  Dato’ Dr. Ahmad Kamarulnajuib Che Ibrahim (Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Malaysia) menyampaikan topik <em>DOE Enforcement Approaches: Command and Control (CC) vs Self-Regulation (SR) </em>serta<em> Environmental Impact Assessment (EIA), </em>Puan Siti Zaleha Ibrahim (Pengarah JAS Selangor) menyampaikan topik <em>Enforcement and Water Pollution Prevention in Malaysia </em>serta <em>Enforcement and Waste Management in Malaysia </em>manakala Encik Mohd Hidzir Bakar (Pengarah JAS Sarawak) telah menyampaikan topik<em> Enforcement and Air Pollution Prevention in Malaysia. </em>Pada sesi sebelah petang, telah diadakan lawatan pembelajaran ke kilang Denso (M) Sdn.Bhd. di Bandar Baru Bangi untuk memberikan pendedahan kepada peserta mengenai operasi industri dan langkah-langkah kawalan pencemaran air, udara dan bahan buangan terjadual yang dilaksanakan oleh pihak industri serta pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. &nbsp; Secara umumnya, program ini berjaya mencapai objektif selaras dengan matlamat dan aspirasi penganjur untuk memberi  pemahaman yang lebih baik kepada para hakim dan majistret dan untuk memperkasakan undang-undang alam sekitar dalam sistem kehakiman Malaysia.

Lokasi
Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS) , Kampus UKM , Bangi>Bandar Baru Bangi Selangor>Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP)
Fail / Media (13)
  • 20231511080824963.jpg .jpg Buka
  • 20231511080824973.jpg .jpg Buka
  • 20231511080824993.jpg .jpg Buka
  • 20231511080825013.jpg .jpg Buka
  • 20231511080825033.jpg .jpg Buka
  • 20231511080825053.jpg .jpg Buka
  • 20231511080825063.jpg .jpg Buka
  • 20231511080825083.jpg .jpg Buka
  • 20231511080825113.jpg .jpg Buka
  • 20231511080825133.jpg .jpg Buka
  • 20231511080825153.jpg .jpg Buka
  • 20231511080825173.jpg .jpg Buka
  • 20231511080825183.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS