Penerangan
JAS Melaka telah dijemput oleh SK Convent Infant Jesus 1, Melaka untuk mengadakan satu sesi perbincangan bantuan khidmat dan kolaborasi projek pertandingan Robotik Lestari 2017 bagi memberikan pandangan, idea dan cadangan penambahbaikan ke atas projek tersebut yang bertemakan "SUSTAINBOTS". Untuk makluman juga, SK Convent Infant Jesus 1 merupakan juara pertandingan National Robotic Competition (NRC) peringkat negeri Melaka buat 3 kali berturut-turut sejak 2014.
Tempat : Bilik Mesyuarat Tingkat 19 JAS Melaka
Tarikh : 20 Jun 2017