Penerangan
Misi Bantuan Banjir di Kemaman 2013 telah dilaksanakan oleh JAS Terengganu dengan kerjasama KESUKAS pada 10 Disember 2013. Ianya melibatkan 4 orang kakitangan JAS Cawangan Kemaman yang rumah masing-masing telah mengalami kerosakan akibat banjir besar yang melanda daerah Kemaman. Bantuan yang dihulurkan dalam bentuk barangan keperluan dapur, duit dan membantu mencuci rumah mereka yang terkesan dengan bencana tersebut.