Penerangan
Enviro Xplorace di Pulau Redang 2010 telah dijayakan pada 7 Julai 2010 bertempat di Pulau Redang. Majlis Penutup telah dilakukan di SK Pulau Redang oleh Dato' Wan Zahari, Pengarah Trevicosta Negeri Terengganu dan turut hadir sama Encik Rusli Che Husin, Pengarah JAS Terengganu. Program adalah program bersama JAS dan Trevicosta.