PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

Kursus Pemahaman Dan Kemahiran Tangkapan Mengikut Undang-Undang Peringkat Lanjutan

hillney 08/10/2019 2 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Kursus Pemahaman Dan Kemahiran Tangkapan Mengikut Undang-Undang Peringkat Lanjutan
Tahun
2017
Tarikh Keluaran
02/06/2017
Lokasi
Selangor>Nur Laman Bestari Eco Resort

Penerangan

Kursus anjuran EiMAS dengan  kerjasama PDRM ini telah diadakan selama 5 hari bermula pada 15 hingga 19 Mei 2017. Kursus ini dihadiri oleh 25 orang peserta dari kalangan pegawai JAS Gred C44 sehingga C29/JA29. Pada hari pertama, pengisian program lebih kepada perkongsian maklumat dari SPRM, JAS Ibu Pejabat dan JAS Negeri yang telah melakukan tangkapan kepada pesalah alam sekitar. Kursus ini terbahagi kepada 6 modul. Di sebelah petang, peserta di latih dengan asas tangkapan dan pertahanan diri serta penggunaan t-baton dan gari. Objektif program adalah:
  • Memantapkan kemahiran dan pengetahuan pegawai tangkapan sedia ada mengenai kaedah tangkapan termasuk aspek latihan pertahanan diri dan penggunaan kelengkapan alat pertahanan sebagai persediaan bagi kes-kes berimpak tinggi.
  • Membincangkan isu-isu berbangkit mengenai tangkapan dan masalah yang dihadapi oleh pegawai penangkap serta kaedah dan pengurusan tangkapan.
  • Peserta juga didedahkan dengan pengalaman kes-kes tangkapan Jabatan dan perkara-perkara yang perlu ditambah baik berdasarkan Prosedur Tetap Operasi sedia ada.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan