Kursus anjuran EiMAS ini telah diadakan selama 4 hari bermula pada 20 hingga 23 MAc 2017. Kursus ini dihadiri oleh 25 orang peserta dari kalangan pegawai JAS Gred C44 sehingga C29/JA29. Pengisian kursus terbahagi kepada 9 modul dan lawatan ke premis Y.S.P. Industries (M) Sdn. Bhd. yang terletak di Kajang.
Objektif program adalah:
- Membudayakan pegawai JAS dengan kepentingan data menerusi pemahaman, interpretasi dan penggunaan data serta dapat memberi nilai tambah dalam membuat keputusan yang tepat dan cepat;
- Memantapkan kemahiran perkhidmatan staf JAS di lapangan (front liner) termasuk pelanggan dalaman; dan
Meningkatkan penyampaian perkhidmatan berkesan kepada pihak berkepentingan /
stakeholder.