Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

AMALAN 5S YANG TELAH DIJALANKAN OLEH BAHAGIAN PENILAIAN PADA TAHUN 2012

Oleh farhanah · 19/05/2017 · 0 paparan

Atas Arahan yg telah  dikeluarkan, Bahagian Penilaian, Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat telah mengambil langkah pendekatan untuk melaksanakan 5S di ruang legar Bahagian Penilaian. Aktiviti 5S telah diadakan secara besar-besaran pada 6 Disember 2012. ARAHAN PENTADBIRAN BIL.1 TAHUN 2010 PANDUAN AMALAN 5S JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA TUJUAN 1. Tujuan Panduan Amalan 5S ini ialah untuk: 1.1 memberi panduan asas pelaksanaan amalan persekitaran berkualiti di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) dengan menggunakan teknik Amalan 5S (Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal); 1.2 menerangkan keperluan Amalan 5S di JPA sebagai usaha penambahbaikan secara berterusan ke atas sistem, proses dan sumber manusia dengan penggunaan kosnya yang cekap dan berkesan; 2 1.3 menerangkan keperluan Amalan 5S di JPA yang memberi keutamaan kepada penghasilan persekitaran yang bersih, kemas dan selamat sebagai nilai tambah kepada imej korporat JPA; dan 1.4 menerangkan keperluan Amalan 5S kepada semua peringkat organisasi JPA tentang pematuhan piawaian dan peraturan-peraturan yang berkuatkuasa dan bersangkutan secara konsisten serta memenuhi keperluan pelanggan. LATAR BELAKANG 2. Amalan 5S merujuk kepada singkatan perkataan dalam bahasa Jepun iaitu Seiri (Sisih), Seiton (Susun), Seiso (Sapu), Seiketsu (Seragam) dan Shitsuke (Sentiasa Amal). Amalan 5S ini berkesan untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal. Keberkesanan pelaksanaannya menjamin peningkatan kualiti perkhidmatan pada kos yang optimum dengan proses kerja yang lebih berkesan dan meningkatkan tahap kepuasan hati pelanggan dalaman dan luaran. 3. Tumpuan utama penggunaan teknik Amalan 5S di JPA adalah untuk menyumbang kepada proses penambahbaikan terhadap persekitaran tempat kerja yang memberi keutamaan dalam aspek kebersihan, kekemasan dan keselamatan di tempat kerja. Amalan 5S dapat memperkukuhkan lagi Sistem Pengurusan Kualiti JPA (MS ISO 9000), khususnya keperluan piawaian di bawah Klausa Pengurusan Sumber iaitu Klausa 6.4 - Persekitaran Kerja. Hasil daripada Amalan 5S yang cekap, berkesan dan konsisten akan memberi nilai tambah kepada imej korporat JPA. PANDUAN MELAKSANAKAN AMALAN 5S DI JPA 4. Panduan Amalan 5S ini digubal untuk memastikan keseragaman pelaksanaan Amalan 5S di JPA. Panduan ini terbahagi kepada lima (5) bahagian utama yang akan menerangkan tentang aspek-aspek pelaksanaan Amalan 5S di JPA seperti berikut: 4.1 Bahagian Satu: Mengenali Amalan 5S. 4.2 Bahagian Dua: Hala Tuju Amalan 5S di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. 3 4.3 Bahagian Tiga: Langkah-langkah Pelaksanaan Amalan 5S di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. 4.4 Bahagian Empat: Piawaian Tindakan Pelaksanaan Amalan 5S di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia : Kebersihan, Kekemasan dan Keselamatan. 4.5 Bahagian Lima: Pelaksanaan Audit Dalaman Amalan 5S. 5. Selain daripada panduan ini, semua peringkat anggota di JPA digalakkan merujuk kepada pekeliling-pekeliling dan peraturan-peraturan yang sedang berkuatkuasa serta lain-lain bahan rujukan Amalan 5S untuk membantu dalam pelaksanaan Amalan 5S ini. 6. Keizinan diberikan kepada mana-mana jawatankuasa dalam organisasi JPA dengan khidmat nasihat dan pertimbangan daripada Pengerusi Pasukan Petugas Kualiti dan Produktiviti Jabatan Perkhidmatan Awam untuk mengeluarkan garis-garis panduan yang bersesuaian untuk menjelaskan lagi aktiviti-aktiviti pelaksanaan Amalan 5S di JPA. KEPERLUAN PERSIJILAN DAN PENGAUDITAN AMALAN 5S 7. Amalan 5S di JPA memerlukan pengiktirafan menerusi persijilan daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). JPA yang menyertai persijilan ini hendaklah memastikan sistem persekitaran kualiti Amalan 5S melalui proses pengauditan dari semasa ke semasa. 8. Pengauditan Amalan 5S hendaklah dilakukan secara berkala oleh kumpulan juruaudit dalaman dan juruaudit pihak ketiga. PENGUATKUASAAN 9. Panduan Amalan 5S JPA ini berkuatkuasa mulai dari tarikh ianya dikeluarkan. 10. Panduan ini dikuatkuasakan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) untuk digunapakai oleh semua Bahagian di JPA. 4 PEMAKAIAN PANDUAN AMALAN 5S JPA 11. Pemakaian panduan ini adalah kepada semua Bahagian di JPA supaya pelaksanaan Amalan 5S dapat diselaras dan diseragam dengan cekap, teratur dan berkesan. 12. Panduan ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut keperluan, perubahan dan kesesuaian pelaksanaan Amalan 5S di JPA dalam persekitaran Perkhidmatan Awam. 13. Panduan ini boleh juga dirujuk secara talian terus menerusi Portal JPA http://www.jpa.gov.my/informasi-jpa/sudut-amalam-5S/. "JPA PENERAJU PERUBAHAN PERKHIDMATAN AWAM" “ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” DATO’ DR. ISMAIL ALIAS Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) Selaku Pengerusi Pasukan Petugas Kualiti dan Produktiviti Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia 18 Januari 2010 s.k.: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan)

Lokasi
Bahagian Penilaian Ibu Pejabat
Fail / Media (2)
  • 20231511074842042.jpg .jpg Buka
  • 20231511074842492.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS