PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

PERSIDANGAN ICT & GEOSPATIAL JAS 2017

JAS HQ - BAHAGIAN PENGUATKUASA 19/05/2017 2 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PERSIDANGAN ICT & GEOSPATIAL JAS 2017
Tahun
2017
Tarikh Keluaran
19/05/2017
Lokasi
Selangor>Hotel Bangi-Putrajaya

Penerangan

Bahagian Teknologi Maklumat, JAS Ibu Pejabat telah menganjurkan Persidangan ICT & Geospatial Jabatan Alam Sekitar 2017 yang merangkumi 4 program utama seperti berikut: a) Seminar & Pameran ICT & Geospatial b) Mesyuarat & Bengkel Penyelarasan Geospatial ke-12 c) Mesyuarat & Bengkel Penyelarasan ICT Bil.1/2017 d) Bengkel Pemurnian & Pengemaskinian Data JAS 2017 Program yang diadakan ini bertujuan bagi menyediakan satu platform  kepada pegawai-pegawai di JAS khususnya pegawai yang bertanggungjawab berkaitan ICT & Geospatial untuk mendapatkan maklumat, kongsi pengalaman, menyelaraskan pelaksanaan dan meningkatkan kemahiran. Persidangan ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ KPAS diiringi oleh YBrs. TKPP dan YBrs. TKPO. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengarah, Pegawai dan Penolong Pegawai Penyelaras ICT & Geospatial dari setiap JAS Negeri.   Pada kali ini, Anugerah Khas Geospatial telah diperkenalkan bagi menghargai sumbangan dan menjadi pemangkin kepada warga geospatial JAS untuk mempelbagaikan elemen geospatial dalam pendekatan kerja harian. Penerima anugerah kali ini ialah PKK Noor Suffianhadi Ramly (Eimas), PPKK Maz Izuan Mohamad (Eimas) dan PPK Izam Sallehudin (Seksyen GIS).