Penerangan
Pada tahun 1995, JAS Ibu Pejabat telah menubuhkan Unit Kajian Khas Kualiti Air bagi menjalankan kajian kualiti air yang berkaitan badan air seperti sungai, marin dan tasik. Unit ini dilengkapi dengan peralatan moden seperti:
Multiparameter probe yang disambung ke data logger dan menghantar data secara telemetri menggunakan talian GSM mobikom ( 018 )
Kenderaan yang dilengkapi dengan peralatan seperti pejabat bergerak dan sistem radio VHF
Peralatan sokongan : Bot dan enjin sangkut
Lokasi pengukuran yang telah dilaksanakan adalah:
Sungai Kelang
Muara Sungai Kelang (marin)
Muara Sungai Perai (marin)
Tasik Titiwangsa (KL)
Tasik Permaisuri (KL)
Tasik Shah Alam (Selangor)
Tasik Biru ( Kuala Kubu Baru )
Tasik Air Kuning ( Bukit cerakah )
Tasik Chini
Empangan Batu ( Ulu Yam )