PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

Program Engagement antara Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor dan Malakoff Corporation Berhad, Satu Inisiatif GSR 18-23 Disember 2016

04/04/2017 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Program Engagement antara Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor dan Malakoff Corporation Berhad, Satu Inisiatif GSR 18-23 Disember 2016
Tahun
2016
Tarikh Keluaran
04/04/2017
Lokasi
Sabah

Penerangan

Program berkonsepkan bengkel ini dijalankan bagi memastikan setiap industri khususnya pengendali Power Plant iaitu Malakoff Corporation Berhad memahami dan mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 khususnya pendekatan terbaru iaitu Guided Self Regulation (GSR) dengan mendapatkan ilmu dan tunjuk ajar secara terus secara sesi ceramah dan sesi soal jawab bersama pegawai-pegawai SME Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor. Bermula pada Julai 2016, Jabatan Alam Sekitar telah mengambil pendekatan `Guided Self Regulation’ atau GSR iaitu pemain-pemain industri ini diberi tanggungjawab menjalankan pematuhan kendiri dengan panduan Jabatan Alam Sekitar. Kaedah ini menitikberatkan kewujudan competent person atau Orang yang Berwibawa yang telah mendapat latihan dan diperakukan serta dipersijilkan oleh Jabatan Alam Sekitar iaitu EiMAS (Institut Alam Sekitar Malaysia) untuk mengendali dan menyelia peralatan-peralatan kawalan pencemaran di premis-premis industri. Oleh kerana competent person ini sentiasa berada di premis sewatu pemprosesan industri dijalankan, Jabatan menyakini mereka ini akan dapat memastikan peralatan-peralatan yang digunakan untuk mengawal pencemaran akan sentiasa berada dalam keadaan yang optimum untuk mengawal pencemaran.  Konsep ini seterusnya diperluaskan ke pihak pengurusan atasan kilang dengan keperluan mengadakan mesyuarat diperingkat operasi dan pengurusan kilang dengan membincangkan isu alam sekitar yang dihadapi kilang secara khusus. Ini diharap akan dapat meningkatkan lagi tahap pertanggungjawaban pengurusan industri seperti CEO dan pengurus kilang dalam kawalan pencemaran yang dihasilkan.