Penerangan
Program Kesedaran Pemuliharaan Alam Sekitar Tasik Chini Sempena "World Population Day" telah dirasmikan oleh Tuan Haji Rosli bin Zul, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang pada 20 Ogos 2016 bertempat di Kem PLKN Tasik Chini Resort Pekan, Pahang. Sambutan ini adalah untuk menyemai dan meningkatkan kesedaran pemuliharaan alam sekitar tangungjawab bersama di kalangan penduduk dan masyarakat setempat. Aktiviti yang dijalankan antaranya adalah ceramah kesedaran dan pameran dari agensi - agensi yang berkaitan.