PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

JAS KEDAH: Program Pengukuran Kualiti Air Marin dan Sedimen Dasar Laut Bersama Jabatan Taman Laut Kedah

12/02/2017 2 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS KEDAH: Program Pengukuran Kualiti Air Marin dan Sedimen Dasar Laut Bersama Jabatan Taman Laut Kedah
Tahun
2011
Tarikh Keluaran
06/02/2017
Lokasi
Kedah

Penerangan

JAS KEDAH: Program Pengukuran Kualiti Air Marin dan Sedimen Dasar Laut Bersama Jabatan Taman Laut Kedah Program Pengukuran Kualiti Air Marin dan Sedimen Dasar Laut adalah program perintis oleh Pasukan SCUBA gabungan JAS Perak, Pulau Pinang dan Kedah pada tahun 2011 di Pulau Payar, Kedah. Ianya bertujuan untuk mengenalpasti kesan pencemaran dari aktiviti pengangkutan laut seperti feri dan bot yang berada di Pulau Payar. Pada tahun 2012, program ini telah dicadangkan kepada Unit Air dan Marin sebagai program kajian dan peruntukan telah diberi untuk melaksanakan program ini di beberapa Taman Laut dibawah bidang kuasa Jabatan Taman Laut. Diantara Taman Laut yang telah dilaksanakan kajian ini adalah seperti berikut: 1. Pulau Payar 2. Pulau Perhentian 3. Pulau Redang 4. Pulau Tioman Pada tahun 2013, kajian ini juga telah dilaksanakan bersama Universiti Malaysia Terengganu dan lokasi kajian adalah di Pulau Bidong.