Penerangan
Program ini telah diadakan pada 23 hingga 26 Feb 2016 dan telah dihadiri seramai 22 orang peserta yang mewakili setiap pejabat JAS Negeri dari seluruh Malaysia.
Objektif program ini adalah untuk membincangkan dan menyelaras keseragaman proses pemberitahuan bertulis pemasangan alat kawalan pencemaran udara/alat pembakaran bahanapi bagi seluruh JAS Negeri.
Selain itu, ia bertujuan memberi pendedahan kepada pegawai JAS yang hadir berkenaan keperluan perundangan, maklumat teknikal peralatan dan case study yang berkaitan dengan proses pemberitahuan bertulis ini